18 December 2011

Lelaki Dayus!!!

Assalamualaikum =)

Okay, sebenarnye ape yg bermain kat minda korang tntg lelaki dayus ye??? Let me explain (:
Lelaki dayus bukan seperti mane yg kite sangkekan tu iaitu LELAKI YANG MEMUKUL KAUM HAWA...  xcukup tepat kite nak kaitkan bnde tu... sebenarnya DAYUS menurut Islam ialah lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh anggota keluarganya dan ia sekadar senyap dan tiada cemburu (atau ingin bertindak) dan termasuk juga kpd lelaki yg meletakkan tangan nya ke atas wanita yang tidak halal baginya....


BILA LELAKI MENJADI DAYUS???
1.) Membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isterinya di nikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat(jika bekerja atau di luar rumah.


2.) Membiarkan isterinya balik lewat mlm dari kerja yg tidak diketahui bersama dgn lelaki mane serta apa yg dibuat dan siapa yg mnghantarnya.


3.) Membiarkan aurat isteri dan anak permpuannya terdedah apabila menaiki motor atau apa jua kenderaan  sepanjang melibatkan aurat nya terlibat.


4.) Membiarkan anak perempuannya berdating bersama tunangnya atau teman lelaki yang bukan mahramnya.


5.) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dgn pasangannya di rumah kononnya ibubapa "spoting" dan memahami.


6.) Menyuruh, mengarah dan berbangga isteri dan anak perempuannya memakai pakaian seksi diluar rumah.


7.) Membiarkan anak perempuan atau isteri mnjadi pelakon , artis , model sehingga berpelukkan dgn lelaki lain dan mempamerkan kecantikkan kepada jutaan manusia yg bukan mahram.


8.) Membiarkan isteri keluar rumah tanpa menutup aurat dgn sempurna.


9.) Membiarkan anak atau isteri disentuh oleh lelaki bukan muhrim tanpa sebab seperti menyelamatkannya dari Lemas.


10.) Membiarkan isteri bersalin dan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.


11.) Membiarkan isteri dan anak perempuan di rawati oleh doktor lelaki sedangkan wujud hospital dan klinik yg ade doktor perempuan.


12.) Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dgn pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


13.) Membiarkan isteri pergi kerja dgn menumpang teman lelaki tanpa rase cemburu.


KEDAYUSAN INI HANYA BERLAKU KPD LELAKI JIKA SEMUA MAKSIAT YANG DILAKUKAN OLEH ISTERI ATAU ANAK PEREMPUAN SECARA TERBUKA DAN DIKETAHUI OLEHNYA,ADAPUN BERLAKU SECARA SULIT,SUAMI TIDAKLAH BERTANGGUNGJAWAB DAN TIDAK SABIT, "DAYUS KPD DIRINYA... HUKUM DAYUS IALAH DOSA BESAR...JIKA KITE SEMUA SAYANGKAN AYAH DAN SUAMI KITE JGN BIARKAN MEREKA TERGOLONG MNJADI GOLONGAN DAYUS... NAUZUBILLAH..


Mungkin kite berkata di dalam hati:
"Jika demikian, ramainya lelaki Dayus kelilingku".

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian ,maseh kerana sudi luang mase membace.. ^^



No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Blog Archive